SELAMAT TAHUN BARU 2011

Posted: Saturday, January 1, 2011 by WZWY in
0

SELAMAT TAHUN BARU 2011.

ALHAMDULILLAH...kita sekarang berada di tahun baru 2011. Sudah tentu banyak perkara berlaku di sepanjang tahun 2010. Suka duka adalah asam garam kita sebagai manusia. 

AZAM?

Tahun 2010 meninggalkan saya dengan seribu kenangan yang sukar dilupakan. Syukur kerana masih diizinkan Allah untuk terus menghirup udara di bumi Allah ini. Azam untuk bergelar novelis sudah terlaksana apabila GISB memberi ruang untuk saya hasilkan dua karya kecil iaitu IMPIAN JUARA dan ADIB ADIBAH PENYIASAT CILIK: OPS MENJEJAK PENCURI. Ia bagaikan mimpi buat saya kerana mampu menulis novel. Walaupun ia tidaklah setebal novel-novel dewasa tetapi ia satu anjakan dalam hidup saya. Pada tahun ini, saya berazam untuk lahirkan seberapa banyak buah Novel Awal Remaja. 

Persoalannya berapa?

IMPIAN saya ialah hasilkan DUA buah novel sebelum PBAKL 2011. Satu manuskrip sudah diserahkan kepada pihak GISB. Masih berhutang satu manuskrip lagi yang sedang ditulis. Harapan saya agar ia dapat disiapkan sebelum tarikh tutup.

Perancangan saya ialah menulis sebuah manuskrip baru pada setiap bulan. Jika melihat kepada tugasan rasmi pada tahun 2011 ini ia nampak sukar tetapi saya akan berusaha sekurang-kurangnya sebelum JUN 2011 saya dapat hasilkan dua buah manuskrip baru. Kemudian disusuli sekurang-kurangnya dua buah manuskrip lagi sebelum OKTOBER 2011. Ini bermakna sebanyak 6 buah Novel Awal Remaja perlu dihasilkan pada tahun ini. Wow!...adakah ia dapat direalisasikan. Tunggu dan Lihat.

Tanggungjawab Tugasan Rasmi.

Kalau ikutkan pada 3 Januari 2011, saya perlu mulakan tugasan baru di sekolah baru. Nampaknya buat masa ini ( 1 Jan 2011 ), saya masih nantikan surat tawaran kedua apabila penempatan pertama ada sedikit kekeliruan. Mengikut pihak Jabatan Pelajaran Selangor, saya diberi tempoh seminggu lagi untuk ditempatkan di sekolah baru. Kita mampu merancang, hanya Allah yang tentukannya. Tugasan baru menuntut tanggungjawab saya bekerja dalam suasana berbeza. Bukan lagi di kelas berhadapan puluhan murid-murid. Walau apa pun tugasan, laksanakannya sebaik mungkin.

Perbaiki Prestasi.

Usia pun makin menghampiri 40an. Memang tidak sedar, tup-tup sudah hampir mencecah usia 40 tahun. Rasa macam muda lagi..hehe. 

Ya ka? 

Nampaknya banyak perkara perlu dipelajari dan dilakukan lagi untuk tingkatkan prestasi diri. 

Prestasi sebagai hamba ALLAH.
Prestasi sebagai seorang suami.
Prestasi sebagai seorang bapa.
Prestasi sebagai seorang anak.
Prestasi sebagai seorang abang.
Prestasi sebagai kakitangan awam.
Prestasi sebagai seorang sahabat.
Prestasi sebagai anggota masyarakat.
Prestasi sebagai seorang novelis.

Wah!...banyak tanggungjawab. Itulah fitrah seorang manusia. 

Paling penting saya perlu ada MATLAMAT untuk dicapai. Jika tidak, ia akan berlalu begitu sahaja tanpa kita sedari. 

Berilah RUANG dan PELUANG untuk diri sendiri.

FORMULA MUDAH :

Apa yang kita percaya--->hasilkan--->Perbuatan --->Menyebabkan --->Kesan/Akibat
Terima kasih di atas sokongan sahabat-sahabat.
Terima kasih di atas tunjuk ajar guru-guru saya.
Semoga tahun 2011 dapat ciptakan pelbagai kejayaan buat kita semua.

Insya-Allah.