TERIMA KASIH SIFU KUSYI

Posted: Sunday, June 21, 2009 by WZWY in Labels:
4

Sebelum ini saya hanya membaca karya beliau, tapi hari ini saya bukan sahaja dapat berjumpa tetapi mendapat tunjuk ajar dan pelbagai tips untuk menulis sebuah novel. Saya, Mas, Kak Shidah, Syura dan Firdaus didedahkan rahsia bagaimana beliau dapat menyiapkan beberapa buah novel dalam setahun dan seterusnya menjadi seorang penulis yang konsisten.

Antara perkara penting dan wajib diamalkan oleh penulis novel ialah :-

1- kenali diri sendiri terlebih dahulu.
2- bekerja mengikut jadual yang ditetapkan.
3- pengurusan masa.
4- langkah-langkah menyiapkan sebuah novel dalam masa 2 minggu sahaja.

Disamping itu juga, kami diajar agar tidak menulis novel syok sendiri.Penulis perlu mengetahui apa yang diinginkan oleh syarikat penerbitan. Kecualilah seseorang penulis itu sudah popular dan setiap karyanya menjadi 'bestseller'.

Oleh itu, amat penting bagi penulis-penulis baru seperti kami untuk menulis sinopsis terlebih dahulu dan berbincang dengan pihak editor tentang karya yang akan kita persembahkan.Ini akan dapat mengelak hasil karya kita ditolak atau diperam untuk jangka masa tertentu.

Kami juga digalakkan untuk memberi karya kita kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang dikenali untuk menilai atau memberi komen terhadap hasil penulisan kita. Setiap komen atau cadangan yang diberikan oleh mereka wajar diberi perhatian dan jika perlu kita boleh mengubah semula karya tersebut mengikut kesesuaiannya.

Jika anda memang berminat dengan penulisan novel,kursus ini adalah pilihan yang tepat dan secara peribadinya, beliau telah berjaya memberikan sesuatu yang berguna untuk saya aplikasikan dalam penghasilan karya sulung saya nanti. Insyallah, dan didoakan apa yang saya impikan menjadi suatu realiti.

Wassalam...

* terima kasih kepada En Zakaria GISB yang memperkenalkan kursus ini kepada saya.
* semoga kak syidah,firdaus,mas dan syura dapat hasilkan sebuah novel pada tahun ini juga.

4 Komentar:

  1. Wah, anak2 didik Pn Kusyi ni nampak hebat2. Bukan calang2 orang.. ramai yang ada sarjana tu. Saya kenal mereka :)

    Cikgu, saya sebenarnya bukan silap sangka. Saya sudah lama tahu siapa Pn Kusyi dan saya tahu dia tu perempuan... tapi tersilap taip.

    hi hi...

  1. WZWY says:

    hahahhaa....salah taip rupanya..nak wat camana kat sini tak boleh kita nak 'liquid'kannya.apa pun alhamdulillah, banyak perkara yang boleh membantu. Tunggu nak berguru lagi dengan nama-nama besar yang lain pula.ilmu perlu dicari dan tak pernah habis.....wassalam!

  1. mZm says:

    ya lah Wan, saya pun tahu Zulina Hassan tu. hehehe.. 'terserempak' kat sini ya. Bocor rahsia saya!

    Wan, saya dah hantar sinopsis kat en ZS. Tak tahulah apa komennya.

    Dah sampai bab berapa?
    Lumba jom! bagi lagi semangat sikit... :)

  1. WZWY says:

    tahniah la..dah hantar sinopsis..sinopsis saya dah lulus.sekarang tengah mengarang. baru siap 2 bab.1 bab 1 hari.jadiklaaa...insyallah awal bulan depan siaplah.