IMPIAN JUARA 3 TELAH TERBIT

Posted: Thursday, April 3, 2014 by WZWY in
0

ALHAMDULILLAH dengan izin-Nya, novel kelima saya sudah siap dicetak dan bersedia masuk pasaran. Dan yang penting novel ini dapat berada di rak gerai Galeri Ilmu Media Group semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 pada penghujung April ini. Insya-Allah.
Novel ini bakal dijual dengan harga RM12.00 dan lebih tebal berbanding novel Impian Juara sebelum ini. Dan Insya-Allah, Impian Juara 3 ini tampil dengan pakej yang lebih baik lagi dan memenuhi kehendak pembaca. Insya-Allah. Doa banyak-banyak.

Di antara kelainan novel ini ialah kesediaan pelibas emas negara, Mohd Futra Abd Ghani turut serta berkongsi pengalaman beliau di sepanjang penglibatan sebagai pemain sepak takraw negara. Dan sebagai tanda penghargaan, dimuatkan beberapa foto kenangan beliau di dalam novel ini.

Watak utama Impian Juara 3 ini pula ialah Putera, rakan sekolah Imran dalam novel Impian Juara dan Impian Juara 2. Watak Imran juga hadir dalam novel kali ini sebagai rakan yang banyak memberi motivasi dan inspirasi kepada Putera.

Khusus untuk para ibu bapa, novel ini boleh dijadikana sebagai hadiah untuk anak-anak dan mereka akan pelajari sesuatu hasil pembacaan novel ini. Itu janji saya.Insya-Allah.

Semoga Impian Juara 3 ini sukses di pasaran dan mampu menarik minat ramai pembaca muda.

Selamat membaca.

Sekian, terima kasih.

0 Komentar: