Episod Hampa Di Kedai Makan Melayu

Posted: Friday, November 13, 2009 by WZWY in Labels:
3


"Kalau tak datang ambil order tiga minit lagi aku keluar."

"Mana orang ambil order ni?"

"Dah setengah jam tunggu masih tiada orang ambil pesanan?"

"Ni nak berniaga ke tak nak."

Itulah yang sering dialami oleh pelanggan apabila berada di kedai makan bumiputra/melayu (berdasar pengalaman saya, mungkin anda berbeza pandangan atau sama sahaja). Itulah yang saya alami di kedai yang sama (Restoran S.E Kg Melayu Subang) sebanyak dua kali. Tapi kali kedua ini membuatkan saya hilang sabar apabila saya dan anak-anak berada di meja agak lama menunggu. Apatah lagi dengan kerenah budak-budak yang tidak pandai duduk diam. Padahal saya antara pelanggan tetap dan selalu makan di sini bersama keluarga.

Setelah lama menunggu tiada sesiapa datang mengambil pesanan, hati makin panas apabila sebaik sahaja orang lain duduk di meja sebelah terus mendapat layanan mereka. Walaupun saya 'pelanggan tetap' dan setiap minggu datang makan di sini. Ia tidak boleh dipandang ringan dan menganggap seperti tidak penting.

Saya mungkin agak beremosi ketika keluar kedai kerana baru sahaja sampai daripada perjalanan jauh daripada kampung. Tapi ia cukup menghampakan apabila hasrat untuk makan malam tidak kesampaian dan terpaksa tukar kedai makan.


Rasanya sudah serik hendak makan ke sana lagi tapi kedai makan itulah menjadi pilihan keluarga kerana agak selesa dan masakannya boleh dikategorikan baik dan harga berpatutan tetapi mutu perkhidmatan agak mendukacitakan.


Saya berhasrat akan ke sana lagi nanti dan berjumpa sendiri dengan pemilik kedai makan tersebut supaya memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.Jika kita diam sahaja, mereka tidak sedar dan lumrah manusia mempunyai kelemahan dan kesilapan. Mereka perlu baca buku Rahsia Bisnes Mamak keluaran PTS.


Nota : Kena belajar cara layanan di kedai mamak..huhuhu

3 Komentar:

  1. salam. Bagus tu. Dapat jugak kita meningkatkan mutu dan perkhidmatan di kedai melayu.Mereka boleh bersaing dan mereruskan perniagaannya.Kita mencadangkan agar tuan memberikan hadiah buku Rahsia Bisnes Mamak keluaran PTS kepada pemilik kedai makan tersebut.

  1. salam. Bagus tu. Kita dapat membantu meningakatkan mutu dan perkhidmatan kedai makan milik orang melayu. Ini juga membantu meningkatkan ekonomi mereka.Teguran adalah sangat bagus dan sebagai tanda sokongan kita.

  1. salam..satu cadangan paling baik.Insya-Allah dilaksanakan.