Masih Ada Tugasan

Posted: Sunday, February 13, 2011 by WZWY in Labels:
1

PERJUANGAN MASIH BELUM selesai apabila di pagi minggu berbahagia ini masih lagi bertungkus lumus menyiapkan saki baki manuskrip yang belum selesai. Dua babak akhir pada bab terakhir sedang disiapkan. Semoga pada hari ini juga ia dapat disiapkan.
Walau bagaimanapun, aktiviti penulisan dihentikan buat seketika kerana bersiap untuk menziarahi adik rakan sekerja ketika  bertugas di Lahad Datu, Sabah yang sedang bertarung nyawa di Institut Jantung Negara. Semoga adik rakan saya itu dirahmati Allah dan kembali pulih semula.

Manuskrip Impian Juara 2 ini antara yang sukar untuk saya siapkan kerana pihak editor mahu memastikan ia ada kelainan berbanding Novel Impian Juara. Saya amat berterima kasih kepada Puan Zulina selaku editor manuskrip ini yang berusaha keras agar manuksrip ini dapat disiapkan dengan sebaik mungkin. 

Walau sesukar mana pun sesuatu tugasan itu, ia merupakan satu cabaran baru buat saya. Dan daripada sinilah saya dapat belajar dan memperbaiki segala kelemahan yang ada. Memang benar kata seorang yang lama berkecimpung dalam dunia penulisan ini, jika kita mahu berada lama dalam dunia penulisan ini, kita perlu sentiasa mahu belajar dan bersedia menerima teguran. Dan saya yakin dalam apa jua bidang sekali pun, ia adalah sama.

Satu perkara saya kena akui ialah saya perlu lebih banyak membaca karya-karya hebat penulis tempatan dan antarabangsa. Dari situlah saya dapat belajar dan membezakan mana satu cara penulisan yang baik dan sebaliknya.

Insya-Allah, selepas manuskrip Impian Juara 2 ini selesai, saya dapat tumpukan pula pada penulisan manuskrip Novel Adib Adibah dlam misi terbaru mereka pula. Walaupun saya sudah menulis hampir separuh untuk disiapkan, tetapi saya rasa akan bermula dari awal semula bagi memastikan hasilnya lebih baik lagi.

Buku Cerita Kanak-Kanak

Di samping itu juga saya sedang belajar untuk menulis buku cerita kanak-kanak dengan salah sebuah penerbitan bumiputera. Saya masih merangka siri koleksi yang sesuai dan berharap ia juga dapat diterima baik oleh para pembaca. Insya-Allah, pada minggu depan saya akan hantar satu manuskrip yang sudah hampir siap.
Jadual Peberbangan Di Tunda Lagi.

Kalu ikutkan pada hari semalam (12hb) saya berlepas ke Kuala Terengganu untuk memenuhi jemputan penganjur Ekspo Kanak-Kanak di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Tarikh tersebut ditunda pada awal Mac pula. Saya pun tukarkan tarikh tersebut pada 5hb Mac. Dua hari lepas terima panggilan lagi mengatakan ia ditunda pada tarikh 26hb Mac pula. Maka saya perlu lakukan dua kali penundaan jadual penerbangan. Maka dua kali kena caj oleh pihak syarikat penerbangan. Tapi saya anggap ia sesuatu yang positif dan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Tugasan Baru Di Tahun Baru

Nampaknya jadual harian saya semakin sibuk sedikit berbanding tahun-tahun sudah apabila berada dalam barisan pentadbir di Sekolah Kebangsaan PPR Lembah Subang. Rutin sebelumnya saya akan pulang pada pukul 2 petang dan berada di depan skrin pada pukul 3.30 petang hingga pukul 6 petang untuk berkarya.

Ia bukan satu masalah besar yang tidak boleh diselesaikan. Terpulang kepada saya untuk merubah jadual waktu penulisan saya mengikut keadaan semasa. Salah satu alternatif ialah saya sudah membeli sebuah netbook dan senang dibawa ke mana-mana sahaja. Jadi, saya akan menulis tanpa mengira waktu dan tempat. Tidak hairanlah apabila saya masih membawa netbook hingga ke gelanggang tenis. Setiap waktu terluang itu saya rasa cukup berharga. Biar apa orang kata. Janji.....kita bahagia.Hehe.

Wallahualam!


1 Komentar:

  1. Salam. Saya baru pertama kali menjenguk ke blog ini. Membaca catatan saudara menginsafkan saya betapa mahalnya nilai masa dan kesihatan. Saya merupakan salah seorang penulis novel utk Galeri Ilmu yg baru hendak merangkak. Saya hanya mampu mendoakan smga adik saudara segerA SEMBUH dan novel saudara segera siap.-naurah musyahidah@Rohaida Binti Abd Rahim(penulis Novel "Bkn Sekadar Kwn"