0
Pada 21 Mei 2010 yang lepas berkesempatan bersama-sama isteri dan anak-anak ke Majlis Diskusi Perdana bertempat di Perkarangan Masjid At-Taqwa, Desa Subang Permai, Shah Alam.
Tajuk Membina Keluarga Sakinah amat bersesuaian dengan situasi yang dihadapi oleh masyarakat dewasa ini. Moderator diskusi ialah Ustaz Roslan Mohamed dan ahli panel jemputan pula seorang penceramah dan penulis buku tersohor, Dr. Danial Zainal Abidin.
Di bawah ini saya memetik beberapa persoalan yang boleh dijadikan panduan bersama, Insya-Allah.
1- Apakah maksud Keluarga Sakinah ?
Keluarga Sakinah perlu dijadikan suatu cita-cita oleh semua umat Islam. Asas sebuah ummah yang kuat adalah lahir daripada rumahtangga yang kuat berpegang dengan agama Islam. Sakinah bermaksud ketenangan. Kita boleh rujuk di dalam Surah Al-Furqan, ayat 74.
Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
Kata sahabat Ibnu Alias, Keluarga Sakinah ialah di dalam sesebuah keluarga itu mereka patuh kepada perintah Allah.
Oleh itu, Keluarga Sakinah adalah keluarga yang dilahirkan ketenangan dan kedamaian.
2- Di mana asas ketenangan sesebuah keluarga?
Asas ketenangan sesebuah keluarga itu berbalik kepada insan itu sendiri iaitu si ayah dan si ibu tersebut sebelum mereka berkahwin. Oleh itu, kemantapan agama seseorang itu amatlah penting untuk mewujudkan sesebuah keluarga yang tenang dan terteram jiwa.
3- Di mana keberkatan sesebuah rumah tangga?
Jika kita membeli sesebuah kereta atau apa jua barangan akan dibekalkan sebuah manual sebagai panduan kita. Oleh itu, Allah juga telah bekalkan kita sebuah manual yang hebat untuk dijadikan panduan sehingga hari kiamat. Jika sebuah kereta mempunyai sebuah manual, apatah lagi manusia yang beroperasi di muka bumi ini sudah tentu mempunyai manualnya.
Oleh itu, kita perlu rujuk manual yang telah dibekalkan kepada kita iaitu Al-Quran.
Keluarga Sakinah bukanlah sebuah keluarga yang tiada masalah, tetapi mereka dapat menghadapi setiap permasalahan itu dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
4- Bagaimana seseorang bapa atau ibu yang sedang hadapi permasalahan di dalam keluarga mereka sekarang. Adakah masih ada jalan penyelesaian?
Dr Danial menceritakan pengalaman beliau sendiri menghadapi sepasang suami isteri yang berpengaruh dan dilimpahi kemewahan tetapi kekurangan aspek agama. Anak-anak mereka lalai dengan kemewahan dunia dan tidak hormati mereka sebagai ibu bapa. Oleh itu, beliau meminta mereka melakukan langkah pertama dengan bertaubat dan mengakui kesilapan. Jumpa anak-anak dan akui kesilapan mereka di dalam memberi didikan agama. Alhamdulillah, selepas itu anak-anak mereka pun maafkan mereka dan sama-sama ke masjid untuk solat berjemaah yang tidak pernah mereka lakukannya sebelum ini.
Ibu bapa perlu beri contoh yang baik kepada anak-anak. Al Quran bukan setakat dibaca tetapi dikaji.
5- Kenapa ibu bapa masa kini tidak boleh dijadikan contoh kepada anak-anak?
Kita perlu lihat bagaimana tahap pendidikan agama mereka sebelum berkahwin. Perumpaannya ialah sesebuah perkahwinan itu diibaratkan sebuah kapal. Jika pada mulanya lagi kapal itu sudah bocor kerana kekurangan amalan agama di dalamnya. Bagaimana dengan kapal tersebut ingin terus berlayar? Lama kelamaan kapal tersebut semakin luas bocornya dan akhirnya tenggelam. Maka sebab itu sesebuah perkahwinan itu banyak berakhir dengan penceraian.
Oleh itu amat penting ibu bapa atau pasangan suami isteri cuba perbaiki diri dari semasa ke semasa terutama berkaitan ilmu agama.
6- Apakah kecemerlangan yang sebenarnya yang perlu dicari?
Surah Al-Baqarah ayat 201 bermaksud "Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka."
Oleh itu, kecemerlangan yang dicari dan dikejar oleh kita ialah kejayaan di dunia dan di akhirat. Kita perlu ubah pemikiran jika hanya mahu berjaya di dunia semata-mata. Anak-anak perlu cemerlang di dalam IQ, EQ dan juga SQ.Jika berjaya di dalam peperiksaan sahaja, maka hanya IQ sahaja cemerlang. Oleh itu, perlu ada kesimbangan di dalam semua aspek kehidupan terutama berkaitan hubungan dengan Allah s.w.t.
Ujar Ustaz Roslan pula ialah hubungan ibu bapa tidak mantap dengan Allah s.w.t menyebabkan anak-anak juga tidak menjaga hubungan mereka dengan Allah s.w.t. Kebanyakan daripada kita meletakkan keutamaan tidak pada tempatnya. Contoh, kita akan memaksa anak tepat waktu menghadiri kelas tuisyen tetapi anak-anak diberi kelonggaran jika terlewat atau tertinggal waktu solat.

7- Apakah ciri-ciri segera Keluarga Sakinah?
Satu perkara sahaja yang perlu ada di dalam sesebuah keluarga atau terapkan ke dalam diri anak-anak iaitu INGATKAN ALLAH. Di mana jua berada di muka bumi, sentiasa ingatkan Allah s.w.t pada setiap masa. Insya-Allah mereka akan terhindar daripada melakukan sesuatu yang menyalahi batas-batas yang ditetapkan oleh Islam.
8- Apakah kesan terhadap sesebuah keluarga jika punca rezeki keluarga tersebut daripada sumber yang haram?
Di dalam kita Ihya' Ulumuddin, Iman Al-Ghazali menceritakan tentang kerisauan isteri tentang rezeki yang haram dicari oleh para suami berbanding kesenangan hidup di dunia semata-mata. Mereka sanggup hidup di dalam kederhanaan daripada hidup senang dengan punca rezeki yang diragui.
Akibat sumber rezeki haram juga menyebabkan doa seseorang itu ditolak oleh Allah s.w.t. Selain itu kita perlu ingat balasan api neraka bagi orang yang mencari rezeki daripada sumber yang haram.
Dr. Danial juga menegur sikap sesetengah ibu bapa yang mengamalkan slogan JANGAN tapi BOLEH. Contohnya, seorang ayah melarang anak menghisap rokok tetapi dia sendiri tanpa segan silu merokok di depan anak-anak. Anak-anak JANGAN hisap rokok tapi si ayah BOLEH pula.
Kesimpulannya, masyarakat kita perlu sama-sama berubah dan bercita-cita ke arah menjadi Keluarga Sakinah. Perbetulkan semua perkara yang salah dan kembali kepada ajaran Allah s.w.t yang sebenar-benarnya. Dengan kata lain, kembali kepada MANUAL kehidupan kita iaitu kitab suci Al-Quran. Baca dan kaji MANUAL tersebut. Semoga kita mendapat kerahmatan dan keredhaan-Nya.