0
"Abah bagi Ziyad tidurlah, nanti kalau sunat Ziyad tak sedar dan tak sakit," beritahu anak sulung saya sewaktu dalam perjalanan ke Pusat Perubatan An-Nisa Kota Bharu.
Saya hanya mampu tersenyum.
Zikry, anak kedua saya hanya diamkan diri sejak awal-awal masuk ke perut kereta. Tapi saya tahu, dia juga sedang risau memikirkan bakal dikhatankan nanti.
Sejak seminggu sebelum balik kampuing, Ziyad sudah banyak tanya perkara-perkara berkaitan berkhatan. Soalan popular :
"Sakit tak kalau bersunat?"
"Doktor jahit ke nanti?"
"Doktor 'inject' tak nanti."
Saya cuba jawab sebaik mungkin agar dia tidak risau dan rasa takut. Tapi bila kawan-kawan dia menceritakan tentang pengalaman mereka. Dia agak panik.
20 November 2011
Pusat Perubatan An-Nisa' Kota Bharu.
Ziyad dan Zikry akhirnya berjaya menjalani proses berkhatan. Zikry walaupun nampak tenang, akhirnya menangis apabila doktor mula menyuntik ubat bius. Sepanjang proses berkhatan Zikry menangis dan beberapa kali dipujuk oleh saya dan doktor. Walaupun begitu dia tidak meronta dan ia menyenangkan pihak doktor melaksanakan tugasnya dengan lancar.
Ziyad pula agak agresif dan tidak mahu bersunat ketika masuk bilik doktor. Isteri saya mengambil giliran menemaninya di bilik. Setelah beberapa ketika, isteri memaklumkan akhirnya dia mengalah dan berjaya dipujuk.
Apabila ditanya selepas itu,"sakit tak semasa doktor potong?"
Zikry menjawab,"tak."
Saya bertanya lagi,"Jadi kenapa menangis."
ZIkry hanya tersenyum.
Walaupun begitu, kedua-duanya sudah selamat dan berakhirlah penantian dan debaran mereka. Sekarang terlantar di bilik dengan kain sarung. Nampaknya sunyi sikit rumah nenek seminggu ini.
Tunggu dua tiga tahun lagi giliran Al-Ghazaly dan Hijazi pula.
....belum ada rezeki puteri.