0
“Mahukah
kalian aku tunjukkan atas sesuatu yang mana Allah akan menghapuskan
dosa dengannya dan terangkat beberapa darjat? Mereka menjawab: Ya wahai
Rasulullah”.
Baginda bersabda:
“Sempurnakanlah
wuduk pada saat cuaca sangat dingin, perbanyakkanlah melangkah menuju
masjid, dan menunggu selepas solat. Demikianlah itu bagi kalian
pertalian.” (Hadis riwayat Muslim).
Apa lagi kelebihan solat berjemaah?
Orang yang keluar menuju masjid dalam
keadaan berwuduk untuk mengerjakan solat berjemaah akan mendapat pahala
seperti orang yang mengerjakan haji dan juga dianggap melakukan solat
daripada permulaanc perjalanannya hingga dia kembali ke rumahnya. Ini
sebagaimana sabda Rasulullah daripada Abu Umamah yang bermaksud:
“Barang
siapa keluar dari rumahnya dalam keadaan suci (berwuduk) menuju solat
wajib (dengan berjemaah) maka pahalanya seperti pahala orang yang
mengerjakan haji dengan memakai ihram.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)
( Terima kasih : http://mutiaraislam.wordpress.com )
Senario hari ini.
Nampaknya ganjaran 27 kali ganda belum cukup untuk membuatkan sebahagian manusia untuk memijak tangga masjid atau surau. Kalau kita saksikan sendiri di kawasan sekitar atau di mana-mana sahaja, jumlah saf di masjid/surau itu tidak sepadan dengan jumlah penduduk di kawasan tersebut. Tuan-tuan setuju?
Itulah hakikatnya apa yang berlaku di dalam masyarakat kita yang dilimpahi nikmat oleh-Nya.
Kenapa ia boleh berlaku?
Ini berkait rapat dengan IMAN dan TAKWA seseorang. Semakin nipis keimanan kepada Allah, semakin jauh mereka dengan rumah Allah. Mereka akan hadir tatkala diwaktu hidup dalam keadaan sukar. Sedar atau tidak NIKMAT itu adalah UJIAN daripada-Nya.
Peringatan ini saya tuju khas buat diri sendiri. Agar jangan leka dengan kenikmatan yang dikecapi selama ini, lantas membuatkan kita lupa jalan ke rumah-Nya.
Sungguh sombong kita. Sungguh dhaif kita. Sungguh malu kita. Bermohon sentiasa diberikan NIKMAT hidup, tetapi LUPA untuk menghadiri SOLAT BERJEMAAH sebagaimana dituntut oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Mungkin perkataan LUPA itu lebih sesuai dengan MALAS.
Apakah hukum solat berjemaah?
Mengenai hukum mengerjakan solat fardu secara berjemaah ini, antara
pendapat yang termasyhur ialah daripada Imam Nawawi. Menurut beliau,
solat berjemaah pada lima waktu yang fardu (selain solat Jumaat)
hukumnya adalah fardu kifayah, yang mana diwajibkan bagi individu lelaki
yang berakal, telah baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat
dan tidak uzur syarii. Hukum fardu kifayah ini bermaksud apabila ada
sekumpulan orang di sesebuah mukim atau kampung mendirikan solat
berjemaah di masjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang di
situ yang tidak menunaikan solat berjemaah. Namun jika tidak ada seorang
pun di dalam mukim atau kampung tersebut yang menunaikan solat
berjemaah, maka semua penduduk di situ mendapat dosa.
Mulai saat tuan-tuan membaca entri ini, marilah kita saling berpesan-pesan agar tuntutan ini dipatuhi tanpa mengira saat kita hidup senang atau sukar. Hidupkan syiar Islam di negara bertuah ini. Moga kita semua dilimpahi rahmat dan nikmat.
Mohon maaf andai ingatan ini membuatkan tuan-tuan tidak senang dengan penulisan saya kali ini. Peringatan ini buat diri saya sendiri. Jangan leka dan hanyut. Hari-hari kita mendengar teman-teman atau sesiapa sahaja dijemput pulang menemui-Nya.
Jadi...apa persediaan kita?
Wallahualam.
Al-Faqir Wan Zayuhisham
Shah Alam.