Belajar Berenang Dengan Buku?

Posted: Friday, July 17, 2009 by WZWY in Labels:
1


Bolehkah kita pandai berenang hanya dengan membaca?

"Ermmm...mana boleh? Kita kena ke kolam renang dan berenang," kata anak sulung saya. Hampir setiap hujung minggu dia dan adik-adiknya akan ke kolam renang atau pun ke pusat rekreasi untuk berenang dan 'main air'.

Anda pernah mendengar ungkapan " Buku dapat mengajar seseorang tentang hikmah dan kebijaksanaan, tetapi tidak dapat menjelmakan orang yang bijak."

Begitu juga tentang berenang, walaupun sudah khatam buku belajar renang yang menunjukkan pelbagai teori tentang teknik-teknik berenang tetapi tidak boleh menyelamatkan orang yang tidak pandai berenang. Mahu atau tidak kita perlu terjun ke kolam renang dan berenang.Baru kita tahu apa itu berenang. Walaupun saya masih tidak tahu berenang..heheheh..setakat berenang katak bolehlah.

Samalah juga jika ingin menjadi penulis, ia bukan sekadar membaca buku-buku yang berkaitan tentang teknik menulis. Saya perlu menulis dan terus menulis. Membaca adalah satu agenda wajib, begitu juga menyertai bengkel atau seminar, ia sebagai satu proses menimba ilmu dan mempersiapkan diri untuk terjun ke bidang penulisan.

Malah apa jua bidang sekalipun kita tidak boleh sekadar bermain dengan teori semata-mata. Ia perlu dibuktikan dengan tindakan dan kita mengalami sendiri pengalaman tersebut. Barulah tahu sejauh mana kemampuan kita sebenarnya.

"Setiap manusia memiliki potensi diri yang berbagai-bagai dan beraneka ragam. Oleh itu, orang yang pintar akan mendalami bidang yang dirasakan paling menyerlahkan potensi dirinya."

Saya masih belajar berenang dalam arus deras 'sungai penulisan'.....

1 Komentar:

  1. Salam ziarah,

    Benar sekali. Mahu menulis perlukan praktikal untuk menulis dan menulis barulah jumpa kuncinya.

    Belajar kerata hanya teori tak memungkinkan seseorang itu boleh pandu.

    Apapun, jemputlah ke blog saya. Mungkin boleh bertukar pandangan dan link Insya'Allah.