Tajuknya bukanlah Impian Juara :Pemecah Tembok. Lain macam saja bunyinya kan. Novel Awal Remaja ini sebagai pemecah tembok yang menjadi penghalang untuk saya memasuki Zon Penulisan. Ia masih belum berada di pasaran namun bakal menyusul nanti.
Projek kedua masih lagi tertunggak dan Insya-Allah selepas menguruskan majlis "Jom Makan-Makan KKGK 2009" SK Taman Medan pada 08 November 2009 nanti, dua bab contoh novel kedua akan ditulis dan dihantar ke meja Editor GISB, Pak Ya. Harapan saya agar ia dapat disiapkan sebelum atau pada 25 Disember 2009 nanti.
*Terima kasih kepada tim GISB yang mereka bentuk cover novel ini dan memberi ruang untuk saya belajar dan berkarya.
Wah, tahniah! Cikgu sudah berjaya menyiapkan novel awal remaja. Menarik. Bagus. Sesekali, saya sependapat dengan cikgu-menerbitkan buku untuk memecahkan tembok yang menghalang daripada memasuki zon penulisan. Semoga berjaya :-)