Bila Lama Berehat..

Posted: Thursday, October 14, 2010 by WZWY in Labels:
0

"Inilah akibat apabila rehat terlalu lama." Bisik hati saya sendirian apabila mengenangkan manuskrip terbaru masih lagi terhenti di bab kelima.

Ikut perancangan saya perlu serahkan kepada pihak editor pada bulan Oktober ini. Nampaknya kena tangguhkan lagi ke bulan depan. Mesti juga disiapkan sebelum berakhirnya bulan Oktober ini. 

Apabila mahu mula semula kerja-kerja tertangguh ini cukup menyeksakan. Kena mula semula daripada awal. Jika tidak momentum menulis juga boleh ke sini ke sana. Langkah pertama kena pastikan jadual kerja menulis disiapkan segera. Jika tidak, alamatnya manuskrip ini akan terbengkalai lagi.

Novel Bersiri Adib Adibah pertama sudah dilancarkan dan saya masih menantikan respon pembaca. Adakah ia menepati citarasa pembaca atau sebaliknya. Semoga ia juga mendapat sambutan baik sebagaimana novel sulung Impian Juara.

Saya sedang belajar menulis dengan menggunakan Kaedah Beading. Terima kasih kepada sifu Maria Kajiwa di atas tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan. Saya semakin selesa dengan kaedah ini. Insya-Allah, ia bakal memberikan hasil yang lebih baik. Dan pada 17 Oktober 2010 ini, saya bersama rakan-rakan lain akan menyertai bengkel penulisan bersama Kak Maria Kajiwa di IYC, Cheras. Semoga bengkel ini dapat memantapkan lagi pemahaman saya tentang Kaedah Beading ini.

Semoga ILHAM akan terus mengalir untuk menyiapkan baki kerja-kerja tertangguh manuskrip Impian Juara 2 ini. Insya-Allah. Sesungguhnya semuanya datang daripada-Nya. 

Target sebelum Pesta Buku 2011, saya perlu bersedia dengan TIGA buah novel baru. Cabaran yang perlu saya sambut dan merealisasikannya. Insya-Allah.

Saya mahu menulis sekarang....

Wassalam.

0 Komentar: