Majlis Pelancaran Novel Adib Adibah:Penyiasat Cilik

Posted: Saturday, October 2, 2010 by WZWY in Labels:
1

Alhamdulillah dengan keizinan-Nya Majlis Pelancaran Novel Adib Adibah:Penyiasat Cilik dalam Episod Ops Menjejak Pencuri berjaya dilaksanakan pada 01 Oktober 2010 di perkarangan tapak perhimpunan SK Taman Medan.
Ucapan terima kasih kepada Guru Besar SK Taman Medan yang sudi menyempurnakan acara perasmian pelancaran novel kedua saya ini.

Majlis pelancaran ini diadakan tiga hari lebih awal disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan dan kebetulan pula pihak GISB menerima lebih awal novel ini daripada pihak pencetak.
Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zakaria Sungib ( Editor Kanan GISB ), warga kerja GISB, pihak pentadbir SKTM, rakan-rakan guru dan staf sokongan SKTM.

***
Novel Adib Adibah : Penyiasat Cilik merupakan novel penyiasatan kanak-kanak bersiri.Semoga diberi kekuatan dan ilham daripada Allah SWT untuk menulis siri-siri berikutnya pula.

Sekarang saya sedang menyiapkan manuskrip Impian Juara 2 dan kalau dikira ia sudah melepasi tarikh akhir yang saya tetapkan. Insya-Allah selepas manuskrip IJ 2 selesai, saya akan mula memikirkan idea-idea baru untuk siri kedua Adib Adibah.

***
Episod Ops Menjejak Pencuri mengisahkan Adib dan Adibah yang pulang bercuti di kampung halaman ayahnya di Kampung Buloh. Kebetulan pada masa itu, penduduk kampung sedang hadapi dilema kecurian binatang ternakan. Semakin lama, kes kecurian ini semakin menjadi-jadi.

Adib dan Adibah tampil membantu untuk menyiasat kes kecurian ini dan dibantu oleh Zali, Ikram dan Jetli. Di samping itu juga mereka perlu atasi cabaran rakan sekolah Zali dan Ikram iaitu Rafiq. Rafiq yang terkenal sebagai murid bermasalah tetapi handal di dalam permainan sepak takraw. Dia merupakan 'killer' utama pasukan sekolah dan daerah. Adakah cabaran pasukan mereka menentang pasukan Rafiq menemui kejayaan atau sebaliknya?

Pasukan penyiasat yang diketuai Adib juga buntu apabila hanya menemui petanda rantai kunci sahaja di lokasi kejadian. Mereka tetap berusaha untuk menjejaki kelibat pencuri tersebut walaupun menemui pelbagai dugaan dan cabaran.

Bantuan peralatan Tuan Daniel sedikit sebanyak membantu dan memberi harapan baru kepada mereka untuk terus menyiasat.

Adib Adibah juga menerima tentangan daripada kedua ibu bapanya agar undur diri dikala operasi penyiasatan masih berbaki untuk diselesaikan. Adakah mereka akan meneruskan misi penyiasatan atau pulang ke bandar dengan kekecewaan?

Insya-Allah, novel ini dapat memberikan sesuatu berbeza untuk para pembaca. Walaupun khalayak pembaca sasaran ialah kanak-kanak. Namun pengisian tarbiah di dalamnya juga sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.

Semoga novel kedua ini dapat diterima baik oleh semua dan diredhai-Nya.

Wallahualam.

1 Komentar:

  1. Tariq says:

    Salam....Ustaz Wan.
    Saya dah siap baca buku Siri Penyiasat Cilik yang pertama ni...
    Cerita yang digarap agak menarik dan amat sesuai untuk bacaan golongan remaja.... Orang dewasa juga tidak rugi untuk membaca buku ini...

    Pandangan:
    Jalan ceritanya agak santai dan tidak terlalu berat untuk anak-anak remaja.
    Terdapat berberapa perkara yang boleh diterapkan untuk anak remaja.
    Penulis pandai bermain dengan perasaan pembaca. Mewujudkan watak-watak yang mencurigakan dan dan membuatkan pembaca tertanya-tanya. Penulis pandai memesongkan perhatian pembaca. Penamat yang berbeza dari sangkaan (twisted ending).
    Nilai-nilai tarbiyah diselitkan secara tidak langsung dalam bentuk cerita. Ini satu cara penyampaian yang menarik.