Alhamdulillah, bayaran telah dibuat pada hari ini untuk menyertai Bengkel Penulisan Karya Kreatif yang dianjurkan oleh Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI) dan bakal diadakan di Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.
Semasa berbual menerusi telefon dengan Puan Zaharah tempoh hari, pelbagai nasihat telah diberikan sebagai panduan.
Kursus dua hari yang bakal berlangsung pada awal bulan Ogos nanti sememangnya ditunggu-tunggu oleh saya yang baru mengorak langkah dalam dunia penulisan karya kreatif.
Projek pertama bagi menghasilkan novel awal remaja masih berbaki tiga bab yang belum disiapkan. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Alhamdulillah dengan sokongan dan panduan yang diberikan oleh En Zakaria (Editor Kanan Galeri Ilmu) banyak membantu dalam menghasilkan karya kreatif ini. Begitu juga ilmu yang saya perolehi semasa mengikuti Kursus Penulisan Novel oleh Kusyi Hirdan tempoh hari. Beliau yang berpengalaman luas dapat memberi tunjuk ajar dengan jelas kepada saya untuk menghasilkan sebuah novel.
Selagi diberi peluang oleh Allah SWT, saya akan terus berusaha untuk mengutip sebanyak mana mungkin ilmu dalam dunia penulisan ini.
KALAU NAK BUAT, BUAT BIAR BETUL-BETUL
KALAU SEKADAR MAHU SINGGAH
BAIK BUAT KERJA LAIN YANG KITA MINAT BETUL-BETUL

salam..
Wah, tahniah wan. Nampaknya hasrat untuk berlumba dengan wan masih belum dapat ditunaikan sekarang. Apapun, insyaAllah akan tetap mengejar walaupun pelbagai hambatan menghalang.
Kursus dengan Zaharah Nawawi berapa hb? berapa kena bayar? Saya minat jugak nak join... boleh lagi?