Kembali Sepi Dan Sunyi?
Posted: Wednesday, September 30, 2009 by WZWY in
0
Kembali sepi? Betul ke kembali sunyi? Betul ke hanya sebaris saf sahaja? Jangan buat perbandingan dengan bulan Ramadhan. Itu lain sebab ada solat Terawih.
Memang kembali sepi (setakat pengalaman penulis sahaja). Tiada lagi berduyun-duyun apabila suasana tenang sahutan azan berkumandang.
Kenapa tidak boleh buat perbandingan? Adakah surau atau masjid hanya untuk dikunjungi dibulan Ramadhan sahaja? Adakah Rumah Allah itu hanya layak pada satu-satu masa sahaja?
Entahlah, mungkin budaya masyarakat sesetengah tempat. Apa pun secara realitinya semakin hari semakin jauh masyarakat dengan pintu surau atau masjid. Kalau ada, berapa ramai golongan remaja solat berjemaah? Di manakah mereka? Tapi agak menyedihkan juga apabila suasana 'meriah' di bulan Ramadhan sudah hilang sebaik sahaja takbir raya dilaungkan. Adakah itu petanda berakhirnya menjejaki tangga surau atau masjid untuk tahun ini. Nauzubillah!
Apabila penceramah melontarkan ilmu-ilmu Allah, hanya muka-muka itu juga tidak jemu-jemu mendengarnya walaupun berulang kali. Sesetengah hamba-Nya lebih selesa berada di depan kaca televisyen menyaksikan rancangan kegemaran berbanding korbankan masa walau seketika di majlis-majlis ilmu. Doa seharian ingin kebaikan, kekayaan, kesihatan dan seumpamanya tetapi tanggungjawab kepada Maha Pencipta diabaikan.
Itulah...kembali sepi dan menunggu semula di bulan Ramadhan akan datang..pastikah?