0
ALHAMDULILLAH KITA PANJATKAN PUJIAN KEHADARAT ILAHI DI ATAS KURNIAAN-NYA KEPADA KITA DI BUMI BERTUAH INI.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
KALI KE 55.
Saya percaya bahawa sahabat-sahabat sudah banyak membaca di akhbar, laman sosial atau blog menceritakan erti kemerdekaan dan seumpamanya.
Apa yang penting kita berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Kita jaga sungguh-sungguh kemerdekaan ini. Jangan biarkan kita berputih di kemudian hari. Apa perlu kita buat?
Kita bermula dengan diri kita.
Kita bermula dengan ahli keluarga kita.
Kita bermula dengan saudara terdekat kita.
Bagaimana?
Peliharalah diri kita dengan mentaati perintah ALLAH. Insya-Allah, kita akan dirahmati dan hidup diberkati Allah SWT.
Kita berasa gerun melihat situasi generasi muda sekarang. Kita merasakan bahawa mereka hanyut dibuai arus kemajuan negara. Mereka lahir di zaman kesenangan dan kemudahan yang melimpah.
Jadi?
Kita kena mulakan dengan diri dan ahli keluarga kita agar tidak lalai dengan perintah Allah. Apa daya kita untuk menegur orang lain. Mungkin seorang dua, kita mampu. Nak salahkan orang ini, pihak itu dan seumpamanya. Tidak selesaikan masalah. Masa terus berjalan.
Hidupkan suasana ISLAM dalam keluarga kita.
Pesan ibu, JANGAN sesekali TINGGALKAN SOLAT. Ini adalah RAHSIA supaya kita berpegang teguh dengan syariat agama.
Merdekakan diri daripada belenggu hasutan SYAITAN LAKNATULLAH.
Imam Malik meriwayatkan, daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya ; Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulnya ». Sekiranya seseorang muslim itu tidak menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan, bermakna dia belum lagi merdeka dari sudut yang sebenarnya.
Wallahualam.