Tinggalkan Income RM7000

Posted: Thursday, August 27, 2009 by WZWY in Labels:
3

Salah seorang kenalan memaklumkan bahawa dia telah meletak jawatan sebagai seorang agen kaji selidik salah sebuah syarikat.

"Macam mana sekarang?" tanya saya.

"Alhamdulillah, tapi dekat-dekat raya ni aku telah berhenti kerja," kawan.

"Kenapa?Bukankah dulu kau bekerja di salah sebuah syarikat yang melakukan kaji selidik," soal saya lagi.

"Ya, betul,"

"Apa sebab berhenti? Pendapatan tidak lumayan ke?" soal saya lagi ingin tahu.

"Bukan macam tu, income aku dua minggu dalam tiga ribu ringgit," kawan menunjukkan 3 batang jari.

"Wow, hebat. Habis tu kenapa berhenti?" soal saya lagi.

"Masalah hukum," jelas kawan.

"Hukum?"

"Ya, sebab aku risau tentang pendapatan daripada gaji aku,"

"Maksudnya?" tanya saya ingin lebih tahu.

"Syarikat ada membuat kaji selidik tentang syarikat arak dan sudah tentu incomenya juga datang daripada syarikat arak. Jadi aku sanggup berhenti dan tidak ingin bersubahat," terang kawan lagi penuh yakin.

"Subhanallah!" terpacul daripada mulut saya secara tiba-tiba.

"Pengurus tempat aku bekerja pun sanggup meninggalkan jawatannya, kalau dibandingkan gajinya lebih besar daripada aku," sambung kawan lagi.

"Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang benar dan mencari kebenaran,"

"Jadi apa projek sekarang," soal saya.

"Teruskan kerja lama yang satu lagi, walaupun income tidaklah sekencang agen kaji selidik," balas kawan dan melihat air tenang di Tasik Shah Alam.

Begitulah sedikit sedutan kisah benar seorang kawan yang sanggup melupakan pendapatan mencecah RM7000 sebulan demi mencari rezeki halal dan diredhai Allah. Semoga dia dirahmati dan diberi kekuatan oleh Allah.

3 Komentar:

  1. Ya betul, mencari yang halal adalah fardhu bagi ummat Islam..

  1. Walaupun pahit.. tetap kita perlu akur kan.. kerana yang datang semua dari Allah.. jika jalan salah.. bila2 masa Allah akan tarik balik.

  1. Ann says:

    Jika kita meninggalkan benda yang tidak elok dan redha dengan ketentuannya, Allah Taala akan melipat kaligandakan rezeki kita...Insya Allah. Saya juga pernah mengalami perkara yg sama tetapi keadaannya sedikit berbeza. Dan kegembiraan serta ketenangan yang saya alami kini...sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.