Mr. Activationist ke Mr. Passivationist?
Posted: Monday, December 20, 2010 by WZWY in Labels: Motivasi Diri
0
Dua tiga hari ini apa yang berlegar-legar dalam pemikiran saya ialah tentang apa yang saya baca berkenaan Mr. Activationist dan Mr. Passivationist.
Siapakah Mr. Activationist?
Orang yang berjaya dan aktif.
Siapakah pula Mr. Passivationist?
Orang yang sekadar 'cukup makan'.
Jadi, saya harus membuat pilihan untuk menyertai golongan manusia bersifat Mr. Activationist atau Mr. Passivationist.
Jika ditanya kepada sesiapa pun, pasti jawapannya ialah Mr. Activationist. Tetapi sejauh manakah apa yang kita mahukan itu terlaksana selari dengan apa yang kita lakukan.
Mr. Activationist didorong oleh usaha yang konkrit dan bertindak bagi mencapai sesuatu sasaran yang ditetapkan. Golongan ini juga memastikan idea dan rancangannya direalisasikan.
Manakala Mr. Passivationist pula suka bertangguh hingga dia 'membuktikan' kepada dirinya sendiri yang dia tidak patut ataupun tidak mampu mencapai sasaran itu. Golongan ini suka bertangguh hingga sudah terlambat bagi dia melakukannya.
Perbezaan dua golongan ini memang jelas. Misalnya, apabila mahu membeli sesuatu keperluan di sebuah pasaraya. Mr. Activationist merancang keperluan apa yang mahu dibeli dan terus menuju ke pasaraya berkenaan. Mr. Passivationist juga merancang tetapi menangguhkannya pada masa yang lain. Dan banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh kita ambil dan dijadikan iktibar atau yang sudah berlaku disepanjang hidup kita selama ini.
Suka bertangguh.
Salah satu perkara yang pernah berlaku kepada saya ialah apabila menangguhkan penulisan manuskrip ketiga saya dahulu. Ia menyebabkan jadual kerja bertindih dan mengabaikan beberapa perkara lain yang perlu dilakukan juga. Walaupun ada sebab tertentu, saya sepatutnya menyusun semula dan mengikuti jadual ditetapkan.
Bengkel Penulisan Tahap 3 Bersama Puan Maria Kajiwa
Salah satu perkara yang saya TIDAK BOLEH tangguh ialah hadiri mana-mana bengkel penulisan yang sudah dirancang.
"Knowledge Is Power".
Alhamdulillah, bengkel yang diadakan pada 19hb Disember 2010 bertempat di UNIKEB, Bangi dan disertai 9 rakan penulisan lain berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Boleh dikatakan, Puan Maria Kajiwa banyak mempengaruhi cara atau perancangan untuk memulakan penulisan manuskrip. Walaupun masih belum mencapai tahap membanggakan, komitmen beliau amat tinggi dan saya benar-benar hargainya.
Kali ini beliau berkongsi tentang ESTETIKA, STRUKTUR PERENGGAN, BEDAH KARYA dan BRAINSTORMING B876. Ia cukup membuat saya teruja dan membangkitkan lagi semangat untuk belajar dan menulis dengan lebih baik lagi.
Secara ringkasnya ESTETIKA ialah bagaimana penulis mahu hidupkan suasana latar atau budaya setempat itu dengan cara berbeza dan menyebabkan pembaca lebih ingin tahu. cari keunikannya.
"You can't be a good writer if you can't write a good paragraph"
Bab Struktur Perenggan ini agak rumit dan bukan mudah untuk mempelajarinya dalam jangka masa singkat. Latihan dan pengalaman menulis akan membuatkan seseorang itu mahir dan selesa dengan penulisan struktur perenggan yang betul.
Terima kasih kepada Puan MK dan rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah kenal erti putus asa. Usaha perlu dilakukan berterusan jika mahu menggenggam sebuah kejayaan. Tiada orang lain dapat bantu kita selain diri sendiri disertakan DOA kepada Yang Maha Esa.
Saya seorang Mr. Activationist?
Buktikan....Buktikan....Buktikan....
9.17am
Shah Alam
Shah Alam