0
KALI INI ENTRI YANG AGAK 'SIMPLE' dan biasa-biasa sahaja. Al-maklumlah pada waktu ini, kebiasaannya orang sudah lelapkan mata. Hilangkan keletihan bekerja di siang hari. Bila kita renung semula kehidupan kita sekarang bagaikan robot bernyawa. Masa sudah ditetapkan dan apa yang perlu dibuat.
Bagi yang punyai kesedaran dan mampu selitkan sebahagian hidup dengan bekalan akhirat, bertuahlah dia. Dan bagi yang terus hanyut dan leka dengan nikmat dunia. Mereka tergolong ke dalam orang-orang yang rugi.
Manusia diberi pilihan.
Semasa mahu berkahwin pun kita boleh memilih. Ada yang mahukan seorang yang bertakwa pada Allah. Ada mahu yang berharta. Ada mahu yang berjawatan tinggi dan sebagainya. Ikut selera atau iman masing-masing. Dan ada yang mengadu pula selepas mengharungi badai perkahwinan. "Saya tersalah pilih suami." atau "Saya tersalah pilih isteri."
Betulkah begitu?
Pilihan yang baik atau buruk bergantung pada diri seseorang itu. Ia juga disandarkan dengan ilmu dan takwa seseorang. Masing-masing bebas memilih. Tapi kena ingat bahawa Allah sudah tetapkan sempadan-sempadan yang tertentu.
Ada yang memilih untuk bebas. Dan mahukan ia untuk kedamaian dan ketenteraman hidup. Terpulang pada diri masing-masing. Walaupun begitu, fikirkan sejenak secara logik dan dengan akal yang waras. Apa maksud bebas yang kita mahukan. Apa panduan kita?
Ada yang memilih untuk terus menghukum. Setiap apa dilakukan seseorang akan terus dijatuhi hukuman. Bergantung pada penilaian dirinya sendiri. Maka bermulalah setiap hukuman yang diberikan itu dikuasai hawa nafsu semata-mata. Nauzubillah!
Ada yang memilih untuk terus membenci. Maka apa yang dilakukan orang dibenci akan terus dikatakan salah dan tidak boleh dimaafkan. Maka di situlah letaknya sejauh mana keimanan seseorang. Adakah Rasulullah SAW membenci kepada Abu Suffian yang akhirnya mengakui kerasulan-Nya. Dan semua sudah tahu bagaimana tindakan Abu Suffian semasa hanyut dalam dunia kejahilan.
Kita ada macam-macam pilihan. Pilihlah yang terbaik. Jangan tersalah pilih.
Wallahualam.