Kebolehan dan Kemampuan

Posted: Wednesday, March 24, 2010 by WZWY in Labels:
1

"Saya sudah lama mahu menulis, tapi tiada asas."

"Saya mahu bermula menulis buku kanak-kanak dahulu, kemudian saya akan menulis novel awal remaja dan cuba pertingkatkan lagi kemampuan saya."

"Macam mana mereka boleh tulis novel setebal ini."

Ini adalah di antara ungkapan perbualan dengan beberapa rakan yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan kreatif.

Saya cuma menyatakan secara mudah. Saya menulis berdasarkan kebolehan dan kemampuan yang saya ada.

Saya hanya mengenali dan memasuki dunia penulisan ini pada bulan Mei 2009. Jadi, saya tidak boleh mengharapkan sesuatu yang melangkaui kemampuan menulis yang saya miliki.Walaupun begitu, saya tetap berusaha untuk mempertingkatkan kebolehan dan kemampuan diri dengan menggali sedalam mana perigi ilmu penulisan ini.

Berdasarkan ilmu yang ditimba di GISB dan beberapa kursus sekitar Kuala Lumpur, maka terhasillah Novel Impian Juara.

Walaupun ia sebuah novel setebal 114 muka surat, bagi saya paling penting ialah sejauh manakah hasil karya saya itu diterima oleh khalayak pembaca dan diaplikasikan di dalam kehidupan seharian mereka.

Oleh itu, jika ingin menghasilkan sesuatu pada PBAKL 2011 nanti, jangan toleh ke belakang lagi. Mulakan menulis sekarang...

Impian PBAKL 2011 > Tiga buah Novel Awal Remaja/Remaja.