Ke manakah hala tuju mereka?

Posted: Friday, June 26, 2009 by WZWY in Labels:
0

Sampai bila kita harus membiarkan generasi muda ini yang masih di alam persekolahan terlibat dengan gejala sosial yang tidak bermoral?

Dimana silapnya? Pihak ibu bapa menuding jari kepada pihak sekolah yang gagal membentuk anak-anak menjadi insan yang mulia.

Pihak sekolah pula menyalahkan ibu bapa yang tidak mengawal anak-anak mereka semasa beada di rumah dan tiada penerapan nilai agama di rumah.

Pada pandangan saya sebagai seorang pendidik. Kedua-dua belah pihak harus bekerjasama dan bertanggungjawab dalam membentuk murid-murid ini menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Walaupun ia satu tugas yang cukup besar dan mencabar, kita wajib melakukan sesuatu. Sanggupkah kita melihat mereka hanyut dalam dunia mereka yang penuh dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Merokok, menonton video lucah, seks bebas, mencuri dan lain-lain lagi yang tidak pernah terfikir untuk mereka lakukan sudah menjadi satu kebiasaan dan kemegahan. Paling menyedihkan apabila melibatkan murid-murid Islam tanpa pengetahuan ibu bapa atau sebaliknya.

Penghasilan buku-buku atau novel-novel Islami yang menjadi trend pihak penerbit masa kini diharap dapat memberi impak yang positif. Di harapkan penerbitan bahan bacaan ini bukan hanya mementingkan nilai komersial semata-mata tetapi yang lebih penting tugas ialah membentuk generasi muda ini ke arah cintakan Islam.

Peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak dalam suasana keluarga muslim. Solat berjemaah dan bacaan Al Quran mestilah menjadi jadual wajib ketika di rumah. Apatah lagi anak-anak yang sedang meningkat remaja.

Pengalaman penulis yang berhadapan dengan murid-murid pada setiap hari ialah kebanyakan mereka gagal menunaikan ibadah solat lima waktu. Sungguh menyedihkan apabila usia mencecah 12 tahun tapi masih terkial-kial untuk membaca lafaz niat solat. Tugas guru ialah menyampaikan ilmu mengikut sukatan yang disediakan di samping penambahan ilmu yang lain. Dan tugas ibu bapa ialah membimbing anak-anak mereka melaksanakan apa yang mereka belajar dan seterusnya memastikan mereka patuh dengan ajaran Islam.

Berapa ramai ibu bapa yang datang menjenguk ke sekolah untuk bertanya khabar dan berkenalan dengan guru yang mengajar anak-anak mereka? Berapa ramai ibu bapa yang datang ke sekolah semata-mata membuat komplen apabila anak-anak mereka didenda atau dimarahi guru? Cuba tanya diri ibu bapa, adakah mereka tahu apa yang anak mereka belajar pada hari ini, esok atau lusa? Begitu juga dengan pihak sekolah, wajib menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, jika ada kesinambungan tugas guru dan ibu bapa, insyallah masalah gejala sosial dikalangan pelajar akan dapat diatasi dan dikurangkan.

TERIMA KASIH SIFU KUSYI

Posted: Sunday, June 21, 2009 by WZWY in Labels:
4

Sebelum ini saya hanya membaca karya beliau, tapi hari ini saya bukan sahaja dapat berjumpa tetapi mendapat tunjuk ajar dan pelbagai tips untuk menulis sebuah novel. Saya, Mas, Kak Shidah, Syura dan Firdaus didedahkan rahsia bagaimana beliau dapat menyiapkan beberapa buah novel dalam setahun dan seterusnya menjadi seorang penulis yang konsisten.

Antara perkara penting dan wajib diamalkan oleh penulis novel ialah :-

1- kenali diri sendiri terlebih dahulu.
2- bekerja mengikut jadual yang ditetapkan.
3- pengurusan masa.
4- langkah-langkah menyiapkan sebuah novel dalam masa 2 minggu sahaja.

Disamping itu juga, kami diajar agar tidak menulis novel syok sendiri.Penulis perlu mengetahui apa yang diinginkan oleh syarikat penerbitan. Kecualilah seseorang penulis itu sudah popular dan setiap karyanya menjadi 'bestseller'.

Oleh itu, amat penting bagi penulis-penulis baru seperti kami untuk menulis sinopsis terlebih dahulu dan berbincang dengan pihak editor tentang karya yang akan kita persembahkan.Ini akan dapat mengelak hasil karya kita ditolak atau diperam untuk jangka masa tertentu.

Kami juga digalakkan untuk memberi karya kita kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang dikenali untuk menilai atau memberi komen terhadap hasil penulisan kita. Setiap komen atau cadangan yang diberikan oleh mereka wajar diberi perhatian dan jika perlu kita boleh mengubah semula karya tersebut mengikut kesesuaiannya.

Jika anda memang berminat dengan penulisan novel,kursus ini adalah pilihan yang tepat dan secara peribadinya, beliau telah berjaya memberikan sesuatu yang berguna untuk saya aplikasikan dalam penghasilan karya sulung saya nanti. Insyallah, dan didoakan apa yang saya impikan menjadi suatu realiti.

Wassalam...

* terima kasih kepada En Zakaria GISB yang memperkenalkan kursus ini kepada saya.
* semoga kak syidah,firdaus,mas dan syura dapat hasilkan sebuah novel pada tahun ini juga.

KURSUS PENULISAN NOVEL

Posted: Monday, June 15, 2009 by WZWY in Labels:
3


Jika anda atau rakan berminat untuk menyertai kursus penulisan novel, sila emailkan nama dan no hp kepada saya wanzayu@gmail.com.

KURSUS PENULISAN NOVEL BERSAMA KUSYI HIRDAN

TARIKH : 28 JUN 2009
HARI : AHAD
MASA : 9.30 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT : DESA PANDAN ( Akan dimaklumkan secara spesifik )
YURAN : Jika saya dapat kumpul 5-8 peserta ( RM80 seorang )
Jika kurang 5 peserta ( RM120 seorang )


ATAS PERMINTAAN PN KUSYI KERANA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN KURSUS TELAH DITUKARKAN PADA 21 JUN 2009 ( AHAD ) JAM 9.30 PAGI

SAYA BUKAN AGEN SYARIKAT KUSYI ATAU MANA-MANA PIHAK, CUMA INGIN BELAJAR PENULISAN NOVEL. PN KUSYI MENCADANGKAN AGAR SAYA DATANG SECARA BERKUMPULAN BAGI MEMBERI KESAN YANG LEBIH BAIK DENGAN PERCAMBAHAN IDEA DAN SEBAGAINYA.



*SIAPA KUSYI HIRDAN SILA KLIK

Novel VT

Posted: Sunday, June 14, 2009 by WZWY in Labels:
0

Andai saya seorang penerbit Filem atau Drama, pasti novel ini akan diangkat menjadi sebuah filem atau drama untuk tontonan masyarakat khususnya remaja Islam yang semakin hanyut dengan gaya hidup yang bercanggah dengan tuntutan agama.

Secara peribadinya, saya cukup kagum dengan hasil karya saudara Hilal Asyraf ini kerana berjaya menerapkan dakwah Islamiah secara santai dan terdetik rasa keinsafan dalam diri pembaca.Anda boleh mengunjungi blog editor kanan GISB bagi mengetahui lebih lanjut tentang novel ini.

Jangan tunggu lagi, sila dapatkan ia di rak kedai-kedai buku berdekatan anda.

U-Turn Ke Jalan Lurus

Posted: by WZWY in Labels:
0

Secara peribadinya, apabila membaca buku ini,ia telah memberi satu semangat dan rasa keinsafan dalam diri. Semangat untuk menjadi insan yang diredhai Allah SWT dan insaf dengan segala kelemahan dan kesilapan sebagai seorang hamba-Nya.

Buku yang bersumberkan karya asal oleh Imam al-Ghazali, dan ditambah perisa ulasan dan kisah teladan yang menarik oleh Ustaz Zul Ramli. Ia sememangnya perlu dimiliki oleh semua dan dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan semasa.

Antara yang menarik dan perlu dibaca ialah :

1) Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.
2) Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
3) Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Tuhan.
4) Orang dungu hanya tahu setelah terkena.
5) Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.
6) Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.
7) Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.
8) Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.
9) Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.

Itu adalah sebahagian 40 topik yang disusun dan dihuraikan dengan gaya tersendiri oleh Ustaz Zul Ramli.

Selamat Membaca dan Mengamalkannya!

Joe Dah Bertunang!

Posted: Friday, June 12, 2009 by WZWY in Labels:
0


Dari kiri : Wan Noor'Azila (Tunang Joe), Wan Zazuadeli & Pn Zaharah (Mama)

Alhamdulillah, tanggal 8 Jun 2009, adik saya yang ke-5 Wan Zazuadeli (Joe) telah selamat bertunang dengan gadis pilihannya Illa di Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
Rombongan peminangan yang agak ramai ( 9 buah kereta) amat meriah sekali dan bilangan anggota keluarga kami akan bertambah lagi. Dan sekarang yang masih solo ialah adik bongsu Wan Zayurizwan yang sedang mengikuti pangajian di UKM.

BENGKEL PENERAPAN NILAI ISLAM DALAM NOVEL

Posted: Thursday, June 11, 2009 by WZWY in Labels:
0

Terima Kasih banyak-banyak kepada pihak Galeri Ilmu Sdn Bhd yang menyediakan platform ini untuk kami mendapatkan input-input berkaitan. Segala perkongsian ilmu oleh En Zakaria Sungib serta En Nasri amatlah kami hargai.

Ucapan terima kasih juga kepada Pengarah Urusan GISB Cikgu Abu Hassan Morad yang sudi melapangkan waktu dan berkongsi pengalaman dengan kami. Begitu juga perkongsian pengalaman berguna oleh Cikgu Norehan ( Diari Aneesa ) dan Pn Norhayati ( Andai Aku Affrina ).

Secara ringkasnya, bengkel sehari ini telah berjaya memberi kami gambaran awal apakah yang dikatakan Novel Islami dan bagaimana untuk kami bermula sebagai seorang penulis novel. Antara perkara yang didedahkan kepada peserta kursus ialah kriteria novel islami, persediaan diri menjadi penulis novel islami,langkah-langkah menulis novel islami dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penulisan novel. Bagi yang belum berkesempatan menyertai kursus ini, bolehlah merujuk dengan pihak GISB.