Showcase Maher Zain

Posted: Tuesday, October 19, 2010 by WZWY in Labels:
0

Pada tanggal 15hb Oktober yang lepas, diberi kesempatan menyaksikan kehebatan Maher Zain di Auditorium MBSA Shah Alam.

Seorang artis lagu-lagu dakwah yang semakin diminati ramai.
Dikalangan peminat album penyanyi nasyid rasanya sudah maklum dan sesetengahnya sudah hafal beberapa buah lagu Maher zain.

Di antara lagu-lagu yang digemari peminat-peminat di Malaysia ialah lagu Insya-Allah, Baraka allahulakuma, Thank You Allah dan beberapa buah lagu lagi yang dipetik daripada album pertama beliau.

Kehebatannya bukan hanya dari segi suara lunak merdunya tetapi keindahan melodi dan lirik lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album pertama. Salah satu lagu kegemaran saya ialah Insya-Allah.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah 2x
Insya Allah we`ll find the way

Satu perkara yang jelas amat disenangi para penonton di sepanjang persembahannya apabila beliau dapat berinteraksi dengan baik dan dua hala. Maher Zain juga dapat menyebut beberapa perkataan di dalam Bahasa Melayu dengan lancar.

"Saya sayang Malaysia."

"Apa khabar?"

"Terima kasih."

"Kuat-kuat."


Semoga lagu-lagu Maher Zain dapat memberikan sesuatu yang baik untuk kita semua.

Bila Lama Berehat..

Posted: Thursday, October 14, 2010 by WZWY in Labels:
0

"Inilah akibat apabila rehat terlalu lama." Bisik hati saya sendirian apabila mengenangkan manuskrip terbaru masih lagi terhenti di bab kelima.

Ikut perancangan saya perlu serahkan kepada pihak editor pada bulan Oktober ini. Nampaknya kena tangguhkan lagi ke bulan depan. Mesti juga disiapkan sebelum berakhirnya bulan Oktober ini. 

Apabila mahu mula semula kerja-kerja tertangguh ini cukup menyeksakan. Kena mula semula daripada awal. Jika tidak momentum menulis juga boleh ke sini ke sana. Langkah pertama kena pastikan jadual kerja menulis disiapkan segera. Jika tidak, alamatnya manuskrip ini akan terbengkalai lagi.

Novel Bersiri Adib Adibah pertama sudah dilancarkan dan saya masih menantikan respon pembaca. Adakah ia menepati citarasa pembaca atau sebaliknya. Semoga ia juga mendapat sambutan baik sebagaimana novel sulung Impian Juara.

Saya sedang belajar menulis dengan menggunakan Kaedah Beading. Terima kasih kepada sifu Maria Kajiwa di atas tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan. Saya semakin selesa dengan kaedah ini. Insya-Allah, ia bakal memberikan hasil yang lebih baik. Dan pada 17 Oktober 2010 ini, saya bersama rakan-rakan lain akan menyertai bengkel penulisan bersama Kak Maria Kajiwa di IYC, Cheras. Semoga bengkel ini dapat memantapkan lagi pemahaman saya tentang Kaedah Beading ini.

Semoga ILHAM akan terus mengalir untuk menyiapkan baki kerja-kerja tertangguh manuskrip Impian Juara 2 ini. Insya-Allah. Sesungguhnya semuanya datang daripada-Nya. 

Target sebelum Pesta Buku 2011, saya perlu bersedia dengan TIGA buah novel baru. Cabaran yang perlu saya sambut dan merealisasikannya. Insya-Allah.

Saya mahu menulis sekarang....

Wassalam.

Majlis Pelancaran Novel Adib Adibah:Penyiasat Cilik

Posted: Saturday, October 2, 2010 by WZWY in Labels:
1

Alhamdulillah dengan keizinan-Nya Majlis Pelancaran Novel Adib Adibah:Penyiasat Cilik dalam Episod Ops Menjejak Pencuri berjaya dilaksanakan pada 01 Oktober 2010 di perkarangan tapak perhimpunan SK Taman Medan.
Ucapan terima kasih kepada Guru Besar SK Taman Medan yang sudi menyempurnakan acara perasmian pelancaran novel kedua saya ini.

Majlis pelancaran ini diadakan tiga hari lebih awal disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan dan kebetulan pula pihak GISB menerima lebih awal novel ini daripada pihak pencetak.
Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zakaria Sungib ( Editor Kanan GISB ), warga kerja GISB, pihak pentadbir SKTM, rakan-rakan guru dan staf sokongan SKTM.

***
Novel Adib Adibah : Penyiasat Cilik merupakan novel penyiasatan kanak-kanak bersiri.Semoga diberi kekuatan dan ilham daripada Allah SWT untuk menulis siri-siri berikutnya pula.

Sekarang saya sedang menyiapkan manuskrip Impian Juara 2 dan kalau dikira ia sudah melepasi tarikh akhir yang saya tetapkan. Insya-Allah selepas manuskrip IJ 2 selesai, saya akan mula memikirkan idea-idea baru untuk siri kedua Adib Adibah.

***
Episod Ops Menjejak Pencuri mengisahkan Adib dan Adibah yang pulang bercuti di kampung halaman ayahnya di Kampung Buloh. Kebetulan pada masa itu, penduduk kampung sedang hadapi dilema kecurian binatang ternakan. Semakin lama, kes kecurian ini semakin menjadi-jadi.

Adib dan Adibah tampil membantu untuk menyiasat kes kecurian ini dan dibantu oleh Zali, Ikram dan Jetli. Di samping itu juga mereka perlu atasi cabaran rakan sekolah Zali dan Ikram iaitu Rafiq. Rafiq yang terkenal sebagai murid bermasalah tetapi handal di dalam permainan sepak takraw. Dia merupakan 'killer' utama pasukan sekolah dan daerah. Adakah cabaran pasukan mereka menentang pasukan Rafiq menemui kejayaan atau sebaliknya?

Pasukan penyiasat yang diketuai Adib juga buntu apabila hanya menemui petanda rantai kunci sahaja di lokasi kejadian. Mereka tetap berusaha untuk menjejaki kelibat pencuri tersebut walaupun menemui pelbagai dugaan dan cabaran.

Bantuan peralatan Tuan Daniel sedikit sebanyak membantu dan memberi harapan baru kepada mereka untuk terus menyiasat.

Adib Adibah juga menerima tentangan daripada kedua ibu bapanya agar undur diri dikala operasi penyiasatan masih berbaki untuk diselesaikan. Adakah mereka akan meneruskan misi penyiasatan atau pulang ke bandar dengan kekecewaan?

Insya-Allah, novel ini dapat memberikan sesuatu berbeza untuk para pembaca. Walaupun khalayak pembaca sasaran ialah kanak-kanak. Namun pengisian tarbiah di dalamnya juga sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.

Semoga novel kedua ini dapat diterima baik oleh semua dan diredhai-Nya.

Wallahualam.