0
KEHADIRANNYA DALAM HIDUP KAMI SEBENTAR CUMA. Itulah ketentuan Allah yang harus kami terima. Sesungguhnya berita kehilangan Yumni amat menyedihkan dalam keluarga kami. Apatah lagi yang sedang dirasai oleh Adinda Zuida dan suami, Mat Aniza serta Ikram, Najla dan Ikmal. Sepatutnya ada satu entri lain yang perlu saya tulis pada hari ini. Ia berkaitan kehidupan kita.Namun begitu, berita ini terlalu berat untuk diterima.
Walaupun begitu, kami perlu menerimanya dengan hati yang tabah. Segalanya adalah di bawah ketentuan Yang Maha Esa. Apa daya kita. Pada suatu hari nanti, kita juga bakal menyusul ke alam sana.
Yumni pastinya ke syurga Allah SWT. Kita pula belum tentu lagi ke mana arah kehidupan kita di alam sana.
Moga adinda Zuida dan Mat Aniza terus tabah. Kami akan merindui senyum tawa arwah Yumni. Allahu akbar! Pilu rasanya hati ini.
Penerbangan saya sebentar sahaja lagi. Untuk menatap buat kali terakhir wajah arwah yang amat saya rindui nanti.
Al-Fatihah.