Sedar dan Sesal

Posted: Saturday, August 28, 2010 by WZWY in Labels:
0

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan doamu untuk kamu."


Sukar untuk diluahkan segala terbuku di hati.


Tidak semudah itu.


Kesilapan silam terus menghambat diri dengan perasaan bersalah. Ia sememangnya sukar.


"Setiap orang tidak sunyi dengan kesilapan dan dosa."

"Jadikan ia suatu sempadan diri untuk hari-hari mendatang."


"Ia bukan semudah itu sahabat."

"Kesilapan ini menyebabkan satu jiwa merana sendirian." 

"Di mana aku ketika itu?"

"Mungkir janji."


"Sahabat, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Ia adalah ketentuan Ilahi. Kita harus terima dan redha."


"Sukar untuknya maafkan aku. Dan aku juga sedar, aku tidak harus dimaafkan."


"Jangan begitu sahabat."

"Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."


"Aku mungkiri janji."

"Apa lagi mampu aku lakukan?"

"Aku pasrah, tetapi setiap kali mengenangkannya, jiwa aku menderita."


"Kamu milik siapa?"


Terdiam.


Tiba-tiba bersuara."Milik Allah."


"Dia milik siapa?"


"Milik Allah jua."


"Jadi, kembalilah kepada Allah Maha Pencipta. Mengadap dan bersujudlah kepada-Nya. Serahkan diri kepada-Nya. Mintalah pada-Nya. Insya-Allah, ketenangan dan segala kebaikan akan menjelma."


"Jagalah hubungan dengan Allah. Hanya Allah sahaja yang layak diperlukan dan dicari. Tanpa Allah, setiap makhluk tidak mendapat apa dihajatinya."


Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Ya Allah, sesungguhnya aku pasrahkan diriku kepada-Mu, dan aku palingkan wajahku kepada-Mu, dan aku serahkan urusanku kepada-Mu, dan aku sandarkan punggungku kepada-Mu, kerana berharap dan takut kepada-Mu. Tiada tempat berlindung, tiada pula keselamatan dari-Mu melainkan hanya kepada-Mu." 


"Mohonlah kepada-Nya agar terbuka pintu hati sidia untuk maafkan kamu."


"Walau sebanyak mana airmatamu tumpah ke bumi, jika lupa kepada-Nya, kamu tidak bisa menemui kebahagiaan hakiki."


"Mungkinkah aku dimaafkan?"


"Insya-Allah. Yakinlah kepada-Nya. Saya percaya, jika dia menyayangimu sebagai seorang sahabat yang pernah dicintai dan disayangi suatu ketika dulu, dia juga tidak mahu kamu terus diselubungi dosa dan rasa bersalah di sepanjang hayatmu."


"Semoga ia jadi suatu kenyataan."


"Insya-Allah."


"Berdoalah."


"Aku pasrah segala ketentuan-Nya."

0 Komentar: