Pungguk Rindukan Bulan?

Posted: Saturday, November 6, 2010 by WZWY in Labels:
0


"Kena lagi."

"Dulu aku dah rasa benda ini akan berlaku."

"..tapi entahlah, mungkin aku terpengaruh atau mahu hidup senang."

Saya mencelah,"Apa yang tak kena sebenarnya?"

"Hmmm..." Mengeluh.

"Mungkin apa yang aku impikan terlalu tinggi berbanding apa yang diusahakan."

Saya masih tidak faham,"Apa yang kau impikan dan apa pula usaha telah dibuat?"

"Ohh..maafkan aku. Inilah kalau asyik berfikir sejak semalam lagi."

"Syarikat itu tutup pula."

"Kau bisnes apa?"

"Bisnes cari-cari oranglah ni."

Saya tersenyum kerana faham benar apa yang pernah kami bincangkan sebelum ini.

"Aku dah taubat, tak nak terlibat lagi benda-benda ini."

"Mungkin ini bukan rezeki kau. Orang lain boleh sukses," celah saya.
"Sedaplah kau cakap, masa aku ajak dulu kenapa tak nak ikut?"

"Hehe...aku memang sudah tidak berminat kerana tidak berbakat dalam bisnes ini."
"Lagi pun, aku tak berani mahu ajak sesiapa dengan bisnes yang aku sendiri tidak pasti berapa lama ia akan bertahan. Mungkin aku dapat untung berganda, tetapi orang-orang di bawah aku, siapa hendak bertanggungjawab. Sejak 'terkena' beberapa kali dahulu.Aku sudah serik. Aku tahu, bukan semua seperti itu, tapi banyak lagi kerja boleh kita buat untuk cari rezeki," terang saya panjang lebar.

"Kenapa tidak halang aku dulu?"
"Eh..salahkan aku pulak ke? Tanya saya.

"Bukan itu maksud aku, kenapa tidak nasihatkan aku dulu?"
"Ohh...aku tidak berhak nasihatkan apa-apa pada masa itu kerana kau sendiri kata, syarikat ini kukuh dan berdaya saing."

Saya menambah, "Sebenarnya, aku sudah lali dengan ayat, "syarikat ini masih baru," "kita masih di peringkat awal, jadilah terawal", "bila kau masuk sahaja, aku letak leader-leader besar bawah kau", "syarikat ini ada orang kuat di belakang."
"Alih-alih, selepas beberapa minggu atau bulan,syarikat tu ada masalah sikit. Tapi, aku ada jumpa kompeni baru lagi. Ini aku yakin boleh bertahan lama," tambah saya lagi.

"Jadi, sampai bila aku nak merasa nikmat, baru sahaja masuk kompeni ada masalah, baru nak kutip untung, kompeni dan tutup."
"Sebab itu aku angkat 'handbrake'."

"Mungkin ini betul-betul beri pengajaran buat aku. Tapi aku dah lebur RM3 ribu," keluh rakan saya sendirian. 

"Nasib RM3 ribu, orang lain banyak lagi."
"Apa aku nak buat selepas ini?" Soal rakan semula.

"Buat bodoh sahajalah." Saya bergurau.
"Ehh..ada yang makan nasi dengan pinggan sekali ni,"

"Alahai, aku bergurau sahaja. Kalau betul-betul kita hendak berniaga dan ada modal, kita buat 'research' dulu produk apa yang menjadi tarikan sekarang atau produk 'malar hijau'.?
"Apa dia?"

"Kita fikirlah sama-sama." Saya tersenyum.
Saya teringat apabila membaca buku 'Petunjuk Jalan Kekayaan' hasil tulisan Dr. Rusly Abdullah Ph.D (Chef Li) tentang ENAM KUNCI KEKAYAAN iaitu :

1) Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang.

2) Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan.

3) Menggandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan menguntungkan.
4) Tunaikan hak-hak mereka yang berhak.

5) Jangan berhutang dan memberi hutang.

6) Berdoa, bertaqwa dan bertawakal.

Saya juga terkesan apabila beliau menulis tentang ajaran gurunya tentang tiada keseimbangan DUA PINTU menyebabkan kita seringkali di dalam masalah kewangan.

* PINTU PERBELANJAAN DAN PINTU PENDAPATAN.

Beliau juga menyentuh EMPAT jenis sungai perniagaan yang sentiasa mengalir dan tidak pernah surut.
1) Perniagaan makanan.

2) Perniagaan ubatan dan kesihatan.

3) Perniagaan pakaian.

4) Perniagaan pendidikan.

Oleh itu, kita buatlah pilihan berdasarkan kemampuan dan kebolehan kita sendiri.

"HIDUP PERLU ADA MATLAMAT"


0 Komentar: