CENDERAHATI KECIL

Posted: Sunday, April 29, 2012 by WZWY in Labels:
0

ALHAMDULILLAH DENGAN IZIN-NYA hasrat saya menyediakan cenderahati kecil buat para pembeli SUAMI YANG TERUJI yang terawal di Gerai GISB semasa PBAKL 2012 terlaksana. Terima kasih buat sahabat Sharudin dari Ifrad Trading yang merealisasikan impian tersebut.

Cenderahati kecil ini adalah tanda penghargaan saya buat para pembeli. Lagi pun ini merupakan buku Tarbiah Rohani pertama yang dihasilkan selepas DUA tahun bergelar penulis/novelis.

Semoga para pembeli berpuas hati dan tunggu apa yang akan diumumkan lagi selepas ini. Insya-Allah!

Menurut Tuan Haji Zakaria, Buku SUAMI YANG TERUJI akan mula dijual pada 29 April 2012. Semoga ia dipermudahkan-Nya.

Terima kasih buat semua pembaca SUAMI YANG TERUJI. Bagi saya manfaat yang dikutip daripada buku tersebut lebih bermakna. Insya-Allah.
 

0 Komentar: